Monday, June 2, 2008

...Subhanallah...

Dear blog.

Kebelakangan ni blog aku dihujani entri yg penuh berperasaan. Rasanya nak beralih arah kejap. :)

Aku suka sangat belajar tafsir Quran. banyak rahsia yg tersingkap & terungkai. hari tu, masa belajar tafsir ayat 1 surah annisaa', rasa kagum sgt. Cuba tengok ayat yg aku dah hitamkan tu. maksud yg aku hitamkan tu ialah: lelaki yg ramai dan perempuan. Kenapa ALLAH tak sebut lelaki yg ramai dan perempuan yg ramai?? kenapa tak ada perkataan katheerat lepas perkataan nisaa'an?? ada unsur2 diskriminasi ke? of course tak.

Ada pentafsir kata, di sebalik ayat ni ALLAH nak tunjukkan bahawa setiap sesuatu bagi perempuan tu, tak perlu ditunjuk-tunjuk atau dihebohkan. Cerita pasal perempuan ke, fizikal dia ke, dll. Berlainan dgn fitrah & satu sinonim bagi lelaki, utk dinampakkan, atau 'izhar' depan orang ramai. Tapi maksudnya bukanlah menampakkan perangai2 yg tak baik atau tak patut, sebaliknya sbg pemimpin & pejuang ALLAH.

Macam tu jugaklah, perempuan ni walau sehebat mana pun, tidak perlu terlalu menonjol sebab fitnah perempuan adalah antara fitnah terbesar & bawa impak yg besar pada ummah. Sebab tu jugaklah perempuan ni wajib tutup seluruh tubuh kecuali muka & tapak tangan (tapi ada khilaf sikit). Berharganya seorang perempuan tu adalah pada hijabnya. Betapa ALLAH dah tinggikan martabat perempuan dgn memelihara mereka maruah & peribadi mereka.

Hmmm... payah betul aku nak terangkan guna ayat BM ni coz aku belajar in arabic. Agak susah nak terjemah sebab tak jumpa matched terms antara BA & BM. Tapi secara keseluruhannya, harap boleh difahami.



Jom tengok video ni kejap. Pasal baby yg tgh dgr ayat Quran terpasang kat tv.



2 comments:

Anonymous said...

cutenye baby nih...mudah2an anak2 kite nnti camtu...kene didik diri jd lebih baik dulu...=D

Anonymous said...

mmg cute sgt2!! pipi tembemmm...
khusyuk tgk org baca quran, mcm tgk katun je..:)

insyaALLAH.. moga dianugerahkan anak2 yg bakal menemani n membantu kita dlm perjuangan ini.. amin..