Terkadang diri ini terasa diuji dengan perkara yg benar-benar berat utk dipikul. Apalagi jika ujian yg ‘bertemakan’ soal hati dan nafsu. Ah, tak terdaya rasanya

Di sebalik tirai dugaan ini, apakah yg mahu Engkau tunjukkan padaku, wahai Tuhan Yg Maha Mengetahui…?
Adakala sebagai insan lemah yg tidak memiliki hikmah, aku tidak berdaya untuk menyingkap segala rahsia dari setiap babak rencana-Mu. Akal yg kadang kala dipengaruhi nafsu, sering sahaja silap mentafsir. Lantas terbit kerisauan di hati, seandainya tanpa sedar aku telah menyalahkan takdir-Mu.
Maka dengan segala rahmat-Mu yg meluas, berilah aku segenggam keyakinan pada-Mu yg luar biasa. Agar aku bisa redha walau tanpa mengetahui, agar aku tetap bersama-Mu meski di hati masih terselit tusukan duri..
Bisa saja semua ini berlaku kerana kekhilafan diriku sendiri. Wahai diri, bersabar dan bertahanlah. Ujian ini juga sebahagian daripada hidupmu. Tanpanya hidupmu tidak akan pernah sempurna. Tanpanya hidupmu sepi tanpa rasa memerlukan-Nya…!
Xa Jee Da
310508
No comments:
Post a Comment