Final exam masih berbaki. Namun saya tetap punya masa utk blogging. ;) Sekadar ingin merehatkan minda. Walaupun belajar sekadar beberapa helaian, kerehatan minda tetap menjadi satu keperluan bagi saya. Almaklumlah, saya bukan seperti sesetengah pelajar lain, yg boleh belajar 'tanpa henti'. ;)
Seringkali saya menghadapi kecelaruan yg amat tika fatrah imtihan. Sekaligus menjadikan musim ujian ini terbahagi dua, ujian universiti & ujian 'sekolah kehidupan'. Mungkin minda saya yg 'sengaja' berfikir sedemikian sedangkan pada realiti, segalanya normal. Semoga kecelaruan itu sekadar sebuah ilusi, kerana saya pasti, realiti akan sentiasa mengalahkan ilusi (memetik kata2 bekas seorg pemerintah dunia Islam).

Saya yakin setiap manusia punya ujian tersendiri. Walaupun berbeza-beza, bagi saya tujuan di'datang'kan ujian itu tidak terlalu berbeza. Boleh jadi kerana
..::ALLAH sayangkannya, dan hanya dengan ujianlah seseorang hamba itu akan lebih mendekatkan diri kepada Pencipta-Nya, kerana hakikatnya manusia itu tahu hanya ALLAH satu-satunya yg Maha Mengerti, Maha Mendengar::..
..::sebagai penghapus dosa, Alhamdulillah::..
..::silap manusia itu sendiri yg sengaja 'lari' dari rahmat ALLAH atau kadangkala 'tersesat', maka ujian diturunkan utk membawanya ke pangkal jalan::..
..::paling penting, ujian itu sebenarnya bukti kita ini hamba. Yg sering memerlukan Tuhannya, kerana sememangnya manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah, dan sering keluh-kesah. (seperti yg dinyatakan dalam alQuran). Tanpa ujian, manusia sombong. Sombong dengan Tuhannya sedangkan segala yg ada padanya hanya sekadar pinjaman. Bahkan kesombongan itu tidak akan pernah mampu meretakkan bumi Tuhan, apatah lagi utk menggapai langit Tuhan::..
Hm, sekadar pendapat saya. :) Saya sebenarnya menulis untuk memujuk hati sendiri. Kerana bagi saya, tiada guna meraih simpati insan yg jarang sekali memahami apa yg saya rasai. Bukan salah mereka. Untuk menyelami sekeping hati, sekadar mendengar tidak mencukupi, tetapi perlu marasai. Kalau2 ada hati2 di luar sana yg turut sama terkesan dgn entri ini, falhamdulillah 'ala hazihi anni'mah. c",)
*Yakfiini Rabbi*Cukuplah ALLAH bagiku*
::bersambung::
No comments:
Post a Comment