
Seringkali, ketika menyiapkan tugasan-tugasan di meja tulis, hati terasa berkecamuk lantaran memikirkan masalah yg tidak pernah putus kunjung tibanya. Kala itu saya pasti memalingkan wajah ke kiri. Melewati jendela yg terbuka luas. Seolah-olah menantikan kepulangan sebuah ketenangan yg telah terbang jauh. Serta-merta kehijauan memenuhi rona mata. Bahagia! Daun-daun melambai -cuma sesekali ada yg berguguran- ragam manusia & kenderaan yg keluar masuk benar2 mengkhayalkan, lantas membawa saya mengembara ke ‘daerah’ lain seketika.
Pandangan saya tiba-tiba beralih ke langit, terlihat awan. Berarak lesu. Seolah-olah menggambarkan hati saya ketika ini. Saya menghitung diri. Sudah 21 tahun rupanya saya dihidupkan di atas muka bumi ini. Entah apa jasa yg telah saya lakukan, dan entah hati siapa yg telah saya gembirakan…
Saya cuma pasti dengan satu perkara. Dosa yg saya lakukan terlalu banyak. Melangit tinggi, melebihi bukit berkabus di hadapan saya ini. Sebak. Andai kata saya pergi sebentar lagi, apakah saya diterima Tuhan? Bisakah saya tergolong dalam hamba-hamba-Nya yg pulang dalam keadaan redha & diredhai…?
Terngiang-ngiang di telinga saya satu tazkirah (saya tidak tahu ia hadith atau sekadar kata-kata hikmat) oleh seorang deejay. Katanya, “ ada 2 jenis manusia yg berdosa, golongan yang pertama merasakan dosa2 mereka terlalu tinggi & sering membayanginya. Seperti gunung yg ingin menghempap. Golongan yg kedua pula cuma merasakan dosanya seperti lalat. Ia datang menghurung seketika, tetapi akan terbang jauh selepas itu.”
Sedih rasanya kerana kebanyakan waktu dalam hidup saya, saya berada dalam golongan kedua. Jarang benar saya berasa risau akan dosa2 yg telah saya lakukan. Saya tidak mahu pulang bertemu-Nya ketika saya beranggapan bahawa dosa saya cuma sedikit tetapi pada hakikatnya sungguh tidak terkira. Moga2 selepas ini saya akan ‘tersingkir’ dari golongan yg kedua. Sepenuh masa.
*Pasrahku abadi untuk-Mu*
2 comments:
ktpun tgkt 4 gak:)....ur birthday lak tu:)
4.1:)
hehe..
kat jendela kamar awak pun boleh nampak hijau2 tak..?? kita tak perasan pulak. kita datang bilik awak sokmo malam n langsir telah dilabuhkan.. :p
Post a Comment