Sunday, June 15, 2008

...Ujian Episod 2...

Sengaja saya bahagikan entri ini kepada 2 bahagian. Entri yg terlalu panjang & meleret adakalanya boleh memenatkan mata. Terutama bagi orang seperti saya, yg tidak rajin membaca. ;p

Berbalik kepada tujuan asal. Soal ujian hidup. Saya sering terbaca entri dalam blog sahabat2 saya tentang kesedihan & keluhan hati yg sedang dalam kesedihan gara2 ditimpa ujian. Bersabarlah, ALLAH kan ada. (credit to Taufik-toppestz.blogspot.com) Tidak salah bersedih asalkan tidak keterlaluan & yg paling penting tidak kecewa. Kerana org mukmin tidak akan pernah berputus asa dari rahmat Tuhannya. Kitalah org mukmin itu, insya ALLAH. ;)

Mereka yg dilanda ujian, seringkali tercari2 jalan utk memboloskan diri dari penderitaan akibat ujian tersebut. Tidak salah. Cuma kadangkala ada yg tersalah mencari 'tempat' menghapuskan derita atau kekosongan hati mereka. (kerana ujian juga kadangkala membuatkan nurani seseorang itu terasa kosong).


Saya teringat kisah seorang pelajar, telah diceritakan oleh pensyarah saya. Ustaz El. Katanya, suatu ketika, dia mendapat tahu bahawa salah seorang pelajarnya telah terjebak dgn maksiat. Apalagi kalau bukan berzina. Bukan dgn seorang, malah tiga! Apabila ditanya mengapa langkah demikian yg diambilnya, jawabnya mudah: "Hati saya terasa kosong." Maka dia mencari sesuatu utk mengisi kekosongan itu. Sungguh sadis.. Alangkah bagus seandainya rasa kekosongan itu terisi dgn adu domba kepada-Nya. Pasti akan penuhlah hati yg terasa kosong itu. ALLAH itu dekat, lebih dekat dari urat nadi. Sungguh maksimum kerugiannya jika yg 'dekat' itu kita tinggalkan demi mengejar dunia yg penuh dgn janji2 fana.

Tidak dinafikan, kadangkala saya juga tersilap memilih jalan utk mengisi kekosongan itu. Dan yg pasti, sebagai 'habuan', kekosongan itu tetap kosong. Mungkin juga negatif. Akhirnya saya akur dgn silap sendiri & kembali 'mencari' Tuhan. Ya ALLAH, kumohon agar selamanya ditetapkan hati ini untuk terikat dengan-Mu. Diri ini sering kalah dgn nafsu... ;'(

Terkenang doa yg pernah dibaca oleh Dr. Asri dalam kuliahnya. Doa Ali Zainal Abidin (cucu Rasulullah SAW):



Wahai Tuhanku, jangan engkau serahkanku ini kepada diriku sendiri,
nescaya aku tidak mampu menguruskannya;

dan jangan engkau serahkan diriku ini kepada orang lain, nescaya mereka akan menghilangkanku (cuai terhadapku)




Serta merta Dr. Asri sebak, menangis, selepas membacakan doa ini. Sahabat2 bagaimana...??





*Hidupku pasrah kepada-Mu semata*

2 comments:

topex said...

kehidupan seorang daie xpernah kosong dan tidak ada masa rehat.. kerehatan yg abadi adalah di 'sana' nnt...

"risalah dakwah ini ibarat sebuah kereta api yg sentiasa bergerak tanpa henti, kalo kita tidak bersama dlm keretapi itu, ia akan meninggalkn kita, dan ia tidak pernah sesekali menunggu kita, dan ia tidak memerlukan kita utk terus bergerak, TETAPI kita yg memerlukan nya utk terus bergerak..."

sekadar satu perkongsian utk manfaat bersama.... =)

Anonymous said...

moga2 di sana kita akan benar2 berehat.;]