Monday, July 14, 2008

...Do we REALLY love to pray?...


*Khalifah of ALLAH loves to pray*


The phrase had made me thinking for a while just now. Yeah, it's true that vicegerents of ALLAH are those who love to pray (especially the recommended solah because the 5 times prayers are compulsory. So by hook or by crook, it's an obligatory for us to perform them).


Kita mengaku kita ini khalifah ALLAH di muka Bumi, tetapi kita seringkali lupa utk bermuhasabah, apakah sifat2 yg ada pada diri kita sudah memadai & sesuai dengan gelaran khalifah ALLAH?
Salah satunya adalah sifat yg diterangkan dalam gambar di atas, LOVES TO PRAY. Mengapa suka bersolat..? Sudah pasti kerana solat adalah waktu khusus antara seorang hamba dengan ALLAH. Juga sebagai 'sesi' untuk seseorang itu bermunajat pada-Nya, mengadu nasib, taqarrub ilaihi dan pelbagai lagi sebab & alasan yg berkaitan hubungan hamba dgn penciptanya.


Solat juga merupakan tiang kepada agama. Tanpa solat, maka runtuhlah agama seseorang itu. Maka kerana itu juga khalifah ALLAH seharusnya cintakan solat (bukan sekadar perasaan tetapi disertakan perbuatan) kerana mereka mahu agama itu setiap masa tertegak dalam dirinya.
Tidak saya nafikan, ada masanya diri kita (terutamanya saya) mengerjakan solat dengan hati yg berat, malas & lain2 lagi. Tetapi seharusnya kita segera bermuhasabah, di mana silapnya kita sehingga rasa suka & cinta utk bersolat itu hilang.


Sungguh beruntung jika kita dikurniakan perasaan yg sentiasa bersemangat utk menunaikan solat. Juga amat bahagia jika kita sentiasa punya perasaan 'tidak sabar' utk bersolat & bertemu janji dgn Kekasih Yang Maha Agung. Ma ahla! ;)



P/s: Di kelas Creative Thinking hari ini, Madam Nora J telah memberi "homework" kepada kami pelajar2nya. Homework yg bertujuan utk muhasabah diri. Kami diminta utk membuat satu kira2. Sejak kita baligh, sudah berapa jumlah solat fardhu yg telah kita tunaikan. Pasti banyak, bukan? Persoalannya, adakah solat kita itu benar2 telah mengubah diri kita kepada yg lebih baik? Atau tiada perubahan?

2 comments:

Unknown said...

salam perjuangan...

wah! menarik assignment2...insya allah ana akan cuba ambil subjek2 sem depan dengan lecturer yg dinyatakan...bukan senang nak cari lecturer cm2...

Anonymous said...

Nama penuhnya Madam Norasiah Jusoh. Tapi, rasanya utk creative thinking, ramai yg kata Dr. Jamal Badi & Dr. Abd Aziz Berghout lagi best. Wallahua'lam..