...Bismillahir rahmaanir rahim..
Usai melewati profil rakan2 di friendster.
Aduhai, pelbagai gambar, pelbagai aksi. Pelbagai juga persoalan yg muncul di benak saya. Persoalan yg saya rasakan tiada jawapan yg pasti.
Siapa itu...? Mengapa dia...? Bagaimana tiba2 di situ...? Patutkah begitu...? Sudah halalkah?
Bisu. Saya mungkin ada jawapannya, tetapi sekadar anggapan. Baik atau buruk? Entah. Situasi sebegini benar2 memaksa saya untuk tidak membuat anggapan melainkan yg buruk2 sahaja. Maaflah, saya sekadar menterjemah fikiran.
Mustahil dipaksa. Tidak mungkin terpaksa. Mungkin batin terseksa.
Mereka bukan tiada pegangan agama. Cuma terlupa. Atau buat2 lupa. Mungkin juga terlalu teruja dengan nikmat dunia. Sehingga hukum-hakam yg sedia ada dalam kepala diketepikan buat sementara.
Saya memberanikan diri untuk menulis teguran ini. Teguran sesama muslim. Untuk diri sendiri terutamanya. Saya pasti, ramai akan mengatakan, itu hak individu. Hak saya untuk bergambar dgn sesiapa yg saya mahu, se'rapat' mana yg saya inginkan, dan se'panas' mana aksi sekalipun. Ya, hak individu. Alasan paling mudah, tetapi ia bukan hujah.
Sebagai muslim, saya juga punya hak untuk menegur. Amar ma'ruf nahi munkar. Malah bukan sekadar satu hak yg diberi ALLAH, tetapi jauh lebih besar: satu tanggungjawab. Maka atas dasar rasa tanggungjawab saya meringankan tangan menaip entri ini. Moga2 akan ada satu atau dua hati yg 'terusik'. Meski bukan sejuta, Alhamdulillah.

Saya faham, adakala kita sebagai manusia yg penuh dgn sifat pelupa, sering sahaja tersilap memilih jalan. Itulah manusia. Semuanya tidak pernah lepas dari membuat kesilapan. Tetapi yg paling baik adalah manusia yg bertaubat daripada kesilapan mereka dan berusaha sehabisnya utk mengislahkan diri.
Satu perkara yang amat saya ingin tekankan dalam penulisan kali ini ialah 'bangga membuat dosa'. Saya pernah menghantar buletin di friendster tentang tajuk yg lebih kurang sama, tapi tidak mengapa. Tazkirah. Sesuatu yg perlu diulang2 tentangnya. ;)
Membuat dosa itu satu perkara. Berbangga dgn perbuatan dosa yg dibuat, satu perkara lain. Mereka yg membuat dosa tetapi malu & takut seandainya perbuatan itu diketahui ramai, itulah kesan iman mereka. Mengapa mereka malu? Sudah pasti kerana mereka tahu perbuatan itu satu dosa, & pembuat dosa tidak patut berbangga diri.
Lain halnya dgn mereka yg melakukan dosa tetapi berbangga dgn perbuatan tersebut, malah menyebarkan & membuat 'pemberitahuan' secara indirectly. Jika mereka tahu itu dosa, mengapa mesti disebar2??? Ada rasa banggakah di dalam hati? Gahkah diri apabila 'berjaya' menentang perintah Tuhan?! Saya tidak pasti. Ketuklah pintu iman, tanyakan padanya. Kalau2 ada jawapan tersendiri. Satu perkara yg pasti, saya memang tidak tahu.
Wallahu a'lam.
P/s:
1) Teringat doa seorang senior IRK. Ukhti Ili. Katanya, selepas berkahwin, dia & suami sering membaca doa ini : Allahumma zawwij syababana (Ya ALLAH, kahwinkan lah remaja2 kami). Mungkin kerana dia tahu besarnya manfaat daripada sesebuah perkahwinan itu, juga peranannya dalam menyelesaikan masalah remaja islam hari ini.
2) Maaf, saya tidak punya hujah dari hadith & ayat alquran utk entri ini. Pastinya kerana ceteknya ilmu. Mohon sahabat2 yg tahu agar sama2 berkongsi ilmu. Jazakumullah.
3) Saya tidak sedar saya telah 'membebel' sepanjang ini!
4 comments:
thanx sajeed..
sbb mengingat kan.. =)
sama-sama.;)
entri yg mantap... dan sekadar menambah ape yg Allah "cakap"...
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai
[ 7 : 179 ]
sama2 amik manfaat... =)
minni laka jazeelan syukra..
Post a Comment