Saya teringat satu cerita, tentang seorang Yahudi yg 'kembali' menjadi Islam (kerana hakikatnya manusia lahir sbg seorang Islam). Ceritanya simple. Lelaki Yahudi ini melalui hidup seperti biasa. Subuh2 lagi sudah keluar, mencari rezeki. Pulang pada petang hari, merehatkan diri.
Suatu hari, ketika melihat manusia sekeliling yg berulang-alik ke tempat kerja, dia terfikir, sampai bila perkara ini akan berpanjangan. Entah apa sebenarnya yg manusia ini mencari. Dia terasa bahawa pasti ada tujuan lain bagi penciptaan manusia di muka bumi ini.
Dia mula mengkaji agama2 yg ada. Mahu mencari jawapan pada persoalan yg tiba-tiba muncul di benak. Tiada suatu jawapan pun yg memuaskan hatinya. Lantas dia cuba membuka alQuran. Tafsir barangkali. Terjumpa surah at takaathur.
..:: Berlebih-lebihan (dalam urusan keduniaan) itu telah melekakan kamu (wahai manusia) ::..
..:: Sehinggalah kamu 'melawat' kubur (mati) ::..
..:: Sekali-kali tidak! Kamu akan mengetahui (akibat perbuatan kamu) kelak ::..
(102: 1-3)
Lantas lelaki Yahudi tadi terasa dia sudah menemukan jawapannya. Tanpa berfikir panjang dia membuat keputusan utk kembali kepada Islam. Alhamdulillah.
Sungguh besar keberuntungannya bagi mereka yg kembali kepada Islam kerana 'jatuh cinta' dgnnya. Mereka jauh lebih baik & soleh berbanding kebanyakan Muslim yang ibu bapanya Muslim. Termasuk diri saya. Mereka benar2 menghargai nikmat Islam, bukan seperti sesetengah org Islam kini yg sanggup menjual agama demi harta & nama.
*Semoga kita tidak akan pernah mensia-siakan nikmat teragung ini & menyedari tujuan sebenar kita menumpang di dunia ini*
1 comment:
yes, they are reverting not converting to Islam as what we always said. :) nice post
Post a Comment